Pak Nidus mengayuh basikal ke destinasi biasa...kawasan sekitar tepi sungai Kelantan , dataran Lembah Sireh dan juga Tesko, lebih kurang 7 km pergi balik.
Sungguh nyaman dengan panorama pinggir sungai berlatarbelakang Pelangi Mall
Anak-anak perantau mula kembali ke tempat kerja masing-masing. Suasana di terminal bas ekspres mula sesak...teringat masa Pak Nidus belajar kat KL awal 80an.
Trafik Light menghala ke Jambatan Sultan Yahya yang sentiasa jem di waktu perayaan dan waktu puncak...Alahai gertok Sultan Yayo..
Bercakap tentang Jambatan ni pun satu hal...bukan main gah lagi rakyat Kelantan, lebih-lebih lagi pengguna tetap kerana jambatan kedua ini dibina dengan empat lorong menjadikan enam lorong kesemuanya.
Semasa perasmian pembukaan dulu yang diumumkan oleh mantan PM pada 2007...katanya boleh disiapkan pada Dis 2009...Dis 2010 hampir tiba...Dis 2011 akan menjelang....Dis 2012 pasti tiba....dan..
Inilah kemajuan pembinaan setakat hari ini
Bila siap nanti, lanskap bandar Kota Bharu pun turut berubah dengan terdapat satu fly over disepanjang jalan Hamzah dan jalan Sultan Ismail tamat di stesen bas Langgar.
Ini adalah sebahagian daripada lebih 500 pre-cast beam yang diperlukan untuk pembinaan jambatan tersebut
Selamat Hari Raya
9 ulasan:
Pembangunan bagus tp kadang2 boleh menjejaskan persekitaran kalo tak djaga dgn baik...
n mbangun negeri kelate...
Lutut Pak Nidus kenapa? Injured ke?
Hati2 mengayuh tu Pak Nidus.. jgn sampai lutut tu jadi tak OK semula ya.
Salam Gayah,
Pembangunan juga kadang-kadang perlu dibayar dengan air mata.
Salam CT,
Terima kasih kerana folo.
PRU akan datang mungkin jambatan ini baru siap CT...membangun?
Salam Hairil Rizal,
Bukan cedera....lutut 51. Kah..kah...kah.
Salam pak nidus..sy suka g KB@ Kelantan..tapi belum bersedia menerima lamaran org KB untuk menetap terus di sana...insyallah ada jodoh tak ke mana..
Salam Idalara,
Kalau Idalara bersedia jadi orang KB, lara tu tak ada lagi tinggal Ida ...Maaf Ida, Pak Nidus bergurau jer.
Berjalan menghayati alam dan juga berjalan mengingat kembali nostalgia...
Catat Ulasan