Dalam keseronokan berhari raya, habis sakan pun tak kira sangatlah...setahun sekali. Tapi bila dah lepas raya, barulah nak berkira itu ini. Pak Nidus memang dah bersedia dengan perbelanjaan dia orang.
Keperluan dapur dah mula surut, bil-bil biasanya melambung bulan ni....tapi yang perbelanjaan 'luar musim' yang tak tahannya.
Yang ini sekali ia 'bersin' apa lagi kalau 'demam'...ratusan RM mahunya.
CUBAAAAN
10 ulasan:
Selamat-selamat dalam perjalanan... ^^
Terima kasih anakanda IJ,
Semalam putera ayahanda telah berangkat ke UTP....tinggal bertiga sahaja sekarang, selalu jenguk2 di sini.
Hmm.. 'kuda' tu mmg high profile kalau dari segi perbelanjaan.
Tapi nak buat camne kan Pak Nidus.. kena bela la juga. Kalau tak 'patah' pulak kaki.
Anak Pak Nidus studi kat UTP?
Saya dulu pun kat sana.. batch no. 2
:)
Salam Hairil,
Kuda tua....haaa3.
Yang kat UTP tu ambil CE tahun ke3 tajaan Pet.
Tahniahlah bekas pelajar UTP kini seorang engineer
yang berjaya dan baik.....handsome lagi..kah3.
Pak Nidus jgn le puji camtu... nnti saya nangis. Hahaha!
Salam tuan..
mga selalu sihat orang di sana
anak dah besar-besar belaka ye?
tak lama nanti bermenantu la ye?
he he..
Salam En. Zulk,
Sampai masanya begitulah...tunggu saja kad jemputan dari Pak Nidus...Pahang nga Kelantan bukan jauh sangatkan?
kalau takde yg bongsu..mesti pak nidus dah berdua2an dgn mem kt rumah..lalalallaal...
makdara,
Kalau yang bongsu dok asrama jugak jadi Rumi dan Juli lah agaknya...haaa3.
Rumi dan Juli...
Romantiknya... ^_^
p/s: Kalau nak bermenantu itu jangan-janganlah lupa lupa saya di sini...
Nak juga jalan-jalan ke Kelantan, bertemu dengan Ayahanda Nidus... He3..
Catat Ulasan