Kesian juga tengok muka anak-anak lain macam aje, sepanjang cuti ni dok kat rumah..boring..muka pun macam sadin jer. "OK bersiap semua, kita akan 'melawat Kelantan' tapi ingat sekerat hari jer". Eleh melawat sekerat hari. Tapi kalu dihimpun yang dulu-dulu tu dah jadi banyak hari jugak. Ini dah masuk kes 'mama Hagemaru' ni.
Aku bertolak dari rumah menuju Ke 'Kelantan' pukul 9.15 pagi, sampai di sana lebih kurang setengah jam kemudian.
Kali ini anak sedara dari Kelang ada sama, dia satu kereta, bawak bersama mak mentua dan aku sendiri enam beranak.
Destinasi kali ini ialah Taman Perbandaran Tengku Anis, anak-anak belum pergi lagi jadi ini kali pertama bagi mereka tentulah seronok, siap bawa makanan dan kasut joging. Engku Zaleha (makcu aku) tersenggih hingga nampak gerahang bongsunya kerana suka sangat dapat bawa anak-anak buah makan angin.
Ini adalah salah satu lanskap di Taman Tengku Anis
Ini adalah replika masjid-masjid yang terdapat di Kelantan dan juga tempat-tempat lain di Semenanjung, juga bangunan Pejabat Tanah di Kelantan.
Sayang sekali, kerana kurangnya ataupun tiada penjagaan dari pihak tertentu keadaan replika ini ada yang sudah rosak dan terbiar.
Alkisah anak-anak aku, mereka semua ada yang berjoging (biarpun doh tengah hari bole)
ada yang bermain di taman permainan dan yang tua relax aje lah.
Aku mengintai si bongsu sedang buat apa....Ooooo..bukan main lagi budak ni...tengok tu!
Mencuba sesuatu yang baru baginya.
OK, kita minum dulu...
Kita 'Relax' dulu bersama Black Dog Bone...Hah tulang anjing hitam..takut woo.
Sambil-sambil minum tu lihatlah lanskap yang dapat dirakamkan di sini, sejuk mata memandang.
Adoi...'anak perempuan' aku ni tak puas lagi...tak mau balik...abih kemana? jom ikut ayah Chik.
Kita ikut signboard ni,Pantai Cahaya Bulan
Ehh...dah sampai pun
Mengimbau kenangan lalu...dahulu pantai ini cukup mendamaikan, dengan alunan ombak menghempas pantai bukannya batu penghadang, dengan chalet yang berderet-deretan, pohon nyior yang melambai tenang...kini semuanya telah hilang....hilang ditelan ombak yang mendatang.
Kita rehat sekali lagi untuk menikmati Kopi Dangdut bersama Fahmi Shahab
Dalam perjalanan pulang seperti biasa beli jagung rebus kat gerai Som kat Penambang.
Heh, Engkao orang ni tinggal kat mana? Kat Kota Bharu Daa
4 ulasan:
byk nyer sejid.kalu kito mati,tok la BUAT sejid tanda ingatkan kita,bertuah!tapi biasanyo tok la DIRIkan sejid sebaik sahaja kito mati.itu dah kira OK!ada jgk yang tak menyempat lagi,nasib!
Kalu dirikan 'sejid'lagu mano?
biar hok nie tolong dirikan sejid... insyaallah... hahahahahaha
dirikan 'sejid' tu laen mace jah bunyi, ayoh...haha, :)
-Abdul
Catat Ulasan