Kata anak-anak, Makcuku macam mama Hagemaru. Kalau mintak 50 sen, mama bagi 30 sen. Kalau denganku......mintak 50 sen aku kasi RM1. Bukan apa......kasiannnnnnnnn. Oleh sebab itu anak-anak kata mamanya 'kupit' atau cermat macam mama Hagemaru. Kata Makcuku, bukan cermat tapi berjimat.
Berdasarkan bukti di bawah nyatalah kata-kata anakku hampir tepat.
Ini pula Mee Lakna yang dipesan oleh anak bongsuku. Mama Hagemaru yang tolong habiskan.
Pulut pauh adalah makanan kegemaranku tetapi cuba tengok, siapa yang sudahkan. Mama Hagemaru jugak.
Ini dah lebih........kentang goreng pun nak diselesaikan . Alahai Mama Hagemaru.
Akhirnya Mama Hagemaru letih. Bukan kerana tak makan tetapi kerana terlebih makan. Apabila aku bersungut, Makcuku kata tak baik membazir. Itu amalan syaitan.
Makanlah Makcu, sebelum kamu 'dimakamkan'.
8 ulasan:
mentang2 ma takdok blog.. ayoh pakoh ma kaw2. hahahahaha. make mano ni?
Blog ado Be, x pandai nak guno, make Hayaki kat Maidin.
hoho ganah... make hayaki nah..
pergh!! make hayaki tu...maso kito duk dumoh x ajk pun make situ~..xpo2. make restoran cikgu lg sedak drp hayaki...
Klu kita ambek nasik lebih duo pingge pulok, sruh mama hagemaru bukuh dale beg dio. haha
-Abdul
Yeh nok make mee lakna....Mama Hagemaru nok manjo.
hah? ma belanjo.. biar betol! hohoho
Ma nak bermanjalah..hoh.
bermanja dgn anok2 ko? dgn suami tercinta?
Catat Ulasan