Isnin, 31 Januari 2011
Marah ni...
Jumaat, 28 Januari 2011
Formen Malam
Kita manusia pun adakalanya macam ia juga, ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Aku minta maaflah ya kereta.
Kereta ni semalam buat onar, water pump bocor. Nasib baik mekaniknya adik sendiri, dapat diselesaikan segera. Alang-alang dah masuk bengkel semua kerosakan yang kecil2 juga dibaiki. Dari water pump ke tukar minyak enjin, minyak auto dan filter, brake dan juga bering.
Terkejut juga tengok bilnya. Mahu juga dekat 1K.
Boleh bagi tabik spring kat pomen ni. Tak pernah tengok bagaimana cara mengisi semula air ke dalam radiator. Cara mudah katanya nak tahu cylinder head ‘nyetok’ atau tidak.
Macam aku pulak pomen….heee3.
Lama Tak Jumpa...
"Selagi dalam blog engkau ada benda ni ( dalam bulatan ), jangan harap aku nak baca....."
Ahad, 9 Januari 2011
Buta Ayam
Sepanjang minggu lepas, tanpa perasan Pak Nidus pakai baju yang warnanya seakan-akan sama. Jadi ada seorang kawan tegur tentang warna kegemaran Pak Nidus. “ Biru” . Dia tersenyum, apa yang tersirat dan apa yang tersurat tak tahulah. Dia bertanya lagi, lain-lain warna selain biru…..kelabu, hitam dan putih. Dia tersenyum lagi.
Sambil menunjukkan satu warna pada sekeping kertas dia bertanya sambil menyoal. Apa warna ni? Sambil tersenyum Pak Nidus jawab “biru”. Kali ini dia tidak tersenyum tapi ketawa .
"Sahlah kamu ini seorang yang buta warna....". Betul, tapi kenapa kau ketawa? Ini bukan birulah , ini warna purple. Heee3.
Betullah bagi seorang yang buta warna atau rabun warna, warna kegemaran dia ialah biru, kelabu, hitam dan putih.
Warna kompius ialah warna merah dengan hitam, kuning dengan hijau, biru dengan purple dan banyak lagi yang kadang-kadang membuat orang ketawa.
Orang tua kata penyakit ini dipanggil buta ayam. Masa kecil dulu bila penyakit ini datang, pada malam hari dunia jadi terbalik atas ke bawah. Sebab itu kalau nak tangkap ayam lakukan di waktu malam. Dah tua begini taada lah. OK dah.
Masa umur belasan dulu pernah minta masuk EME school di PD. Oleh kerana masalah ini cita-cita menjadi jurutera askar tak menjadi. Mungkin kalau berjaya Pak Nidus dah jadi pegawai besar dalam tentera.
Masih ingat lagi bentuk soalan yang ditanya…..
Apa nombor color dalam punye? Tanya seorang pegawai

Khamis, 6 Januari 2011
Mesej Tahun Baru

Malas betullah nak update entry …..Mungkin tahun 2011 ni membawa mesej tertentu.
Apa yang dapat dirasakan, tenaga semakin kurang, umur Pak Nidus pun semakin meningkat.
Teringat satu mesej yang dihantar oleh seorang sahabat sempena tahun baru…..
Membaca semakin jauh…..
Dulu pakai minyak wangi, sekarang gosok minyak angin….
Dulu 12 kali sebulan, sekarang 12 bulan sekali…..
Dulu suka makan angin, sekarang banyak buang angin…..
Dulu darah muda, sekarang darah tinggi…..
Biarpun sudah terlambat, Pak Nidus mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.