Jumaat, 29 Oktober 2010
Rabu, 27 Oktober 2010
Mini Orchestra SIC




Anugerah akan diadakan 2 Nov. depan, jadi banyak lagi kelemahan-kelemahan yang dapat diperbaiki bagi memantapkan lagi persembahan orchestra ini.
Pak Nidus tak nyanyi ke malam tu?
Isnin, 25 Oktober 2010
Ole-ole
Semasa ronda kat Pasar Payang sambil mencari sesuatu yang boleh dibuat ole-ole selain dari keropok gotel aku ternampak benda ni.
Hah, lama betul aku cari, sekarang baru dapat. Memang susah nak dapat benda ni. Seingat aku masa kecik2 memang benda ni mudah didapati. Beli 10 sen boleh dapat 3.
Diperbuat daripada tepung beras, kelapa dan gula. Boleh dijadikan sebagai makanan ringan ketika menonton perlawanan bola antara Kelantan dengan Negeri Sembilan nanti.
Hah ada satu lagi…..
Ini pun susah nak dapat. Diperbuat daripada tepung gandum gula dan pewarna. Masa kecik2 dulu bila makan benda ni habis mulut terlekat color putih dan merah tepung gandum disekeliling mulut. Bila dihembus habis berterbangan melekat di baju kawan2.
Tempat lain Pak Nidus tak tahu kau orang panggil apa.
Di sini kita panggil ‘Sagun dan Senma’.

Ahad, 24 Oktober 2010
Milik Siapakah Gadis Ini?

Lebih kurang 15 minit bas nak mula bergerak Pak Nidus terus ke tempat duduk di sebelah gadis tersebut. Tiba2 dia meminta kebenaran untuk berpindah tempat kerana ada kekosongan di hadapan. Pak Nidus hanya tersenyum.
Sepanjang perjalanan Pak Nidus mengelamun sendiri...hmmmmm, kenapa dia tidak terus berpindah semasa Pak Nidus berada di bawah tadi?...kenapa harus minta kebenaran?...Adakah dia tidak selesa bersama Pak Nidus?...
Bagi Pak Nidus, tidak terasa terhina dengan gadis tersebut bahkan dia adalah seorang yang bersahsiah tinggi atau seorang yang berpendidikan kerana menghormati Pak Nidus sebagai orang tua dan dia meminta kebenaran berbuat demikian takut Pak Nidus tersinggung dengan sikapnya itu.
Pak Nidus tak perasan kerana tertidur bila gadis itu turun kerana bila sampai di stesyen dia sudah tiada.
Bila boleh berjumpa lagi?
The Red Warriors


Jumaat, 22 Oktober 2010
Teganukite

Pemandangan di sepanjang jalan pantai menghala ke Kuala Terengganu di Merang.

Selepas berhenti makan seafood, teruskan perjalanan.

Dulu semasa belajar di TI ia merupa kampus pengajian samudra UPM, kemudian Kusten dan kini dikenali sebagai UMT (visual kurang jelas ambil masa kereta bergerak)

Kem Kubang Badak sudah berubah rupanya, berek diganti apartmen.







Rabu, 20 Oktober 2010
Kampung Boy
Semasa mengemas setor, terjumpa satu kotak photo lama. Bila dibuka terdapat photo-photo tahun 60an dan 70an dalam hitam putih. Rasa nak ketawa dan lucu sekali dengan keadaan dan aksi-aksi bergambar. Maklum aje lah Pak Nidus ni dah separuh abad menjadi penunggu planet ni, macam-macam peristiwa pahit manis telah ditempuhi.
Bila dibandingkan suasana sekarang yang serba moden ni Pak Nidus ketawa sendiri. Masih ingat lagi waktu belajar di kampung yang serba kekurangan dibandingkan dengan asrama di bandar. Kejutan budaya memang tidak dapat dipisahkan. Di situ ku kenal lagu dan irama, bergaya dengan seluar jeans Levis, Amco, Texwood, Lee dan Bell Bottom. Berbaju Grand Slam, Manhattan, Arrow dan Montagut. Berkasut Adidas Rom, Amsterdam dan Clark.
Pertama kali menjejak kaki di asrama Sekolah Menengah Teknik Trengganu tahun 1976 memberi seribu kenangan yang nostagik. Nak buang air menggunakan tandas tidak seperti di kampung pakai hentam dalam semak atau sungai. Lampu, petik ajer suis dah cerah memancar. Mandi, pulas kepala paip tidak payah ke perigi atau sungai. Tidur berlapik tilam dunlop berbanding ‘gelegar’ buluh. Makan berlaukkan ayam dan daging tidak lagi berbudu dengan ikan ‘darat.’.
Boleh dikatakan semuanya berbeza.
Berbanding dengan anak-anak sekarang, celik aje mata dari perut bonda disambut oleh bidan yang comel lote di bangunan yang serba moden. siap air cond lagi berbanding tangan bidan tua menyambut kelahiran di masa lalu. Tiada pampers atau Lactogen melengkapi kelahiran . Itu semua menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
Di situlah bermulanya hidup penuh dengan harapan walaupun sesetengah harapan tinggal harapan. Bercita-cita tinggi menggunung untuk menjadi seorang ‘ engineer’ sandaran Ohio juga Glasgow sebagai angan-angan. Nasib tak menyebelahi hanya menjadi lilin penyuluh kegelapan.
Hai dah nak beremosi nampaknya.
Sebagai akhir kalam Pak Nidus ingin berpesan kepada anak-anak sekalian: Masa belajar adalah masa yang paling indah untuk dikenang. Permulaanmu di situ untuk mencorakkan hidup di hari mendatang. Ayuh usah pandang kebelakang, kejari cita-citamu secara berulang-ulang semoga pesanan Pak Nidus ini sebagai pedoman. Hidup dengan penuh kasih sayang.
Coretan ini juga adalah yang pertama kali ayahanda Pak Nidus titikan buat anakanda Afiq, Azri, Akif, Aidil dan Arif.
Ingat pesanan bonda , tiru semangat ayah jangan ikut perangai ayah...?????
Isnin, 18 Oktober 2010
Universal
Begitulah lebih kurang kata si mamat Indon tu pada Pak Nidus.
"Binawe punya budak...berani kau kata muka aku macam Batak?"
"Betul Bapak..sumpah macam Batak" sambil ketawa besar.
" Jangan main-main, walau pun ini negeri kamu, tapi kamu menghina aku"
Lagi kuat ketawanya...tak tahulah apa yang melucukannya.
Ada kawan berbisik kat Pak Nidus....biasalah bang, kan di sini semuanya orang Batak...Batak Toba. Betullah muka abang macam orang dia.
Dalam hati Pak Nidus, betul juga ya. Tapi kalau kat tempat Pak Nidus 'Batak' ni dah bermaksud lain.
Batak adalah suku kaum orang asli.....(memang tak cantik). Itu lah yang Pak Nidus bengang dengan budak tu.
Bila diingatkan semasa ke Bangkok dulu singgah di Korat, orang sana juga kata muka Pak Nidus macam orang dia....pergi ke Kemboja macam tu juga....Aik!!! muka universal ke?
2 minit
Khamis, 14 Oktober 2010
Jurutebang
Oleh kerana rumah Pak Nidus dikelilingi oleh pokok-pokok maka sering kali bumbung rumah dihujani oleh buah durian, kelapa dan manggis. Masalahnya pokok-pokok ini milik jiran sebelah- menyebelah. Walaupun tuan tanah membenarkan Pak Nidus mengambil buah-buah tersebut tetapi rasa tidak puas hati terhadap tuan tanah dan jiran empunya pokok2 itu menyebabkan “ kalu make pun, nok tele tok gi “. ( Itu dalam bahasa German…kalau makan pun, nak telan tak boleh…). Apa tidaknya….. atap rumah banyak yang serpih, daun2 tak larat nak sapu, buah durian dan manggis memburuk dan busuk dalam pagar kita… lalat, lebah dan semut datang bertamu. Waktu hujan ribut, lagilah takut. Silap2 tumbang pokok kelapa dalam bilik tidur. Dek kerana jiran, Pak Nidus sekeluarga membatukan diri.
Lima tahun dulu…. Pak Nidus pujuk2 tuan pokok kelapa masa minum2 kat kedai kopi. Acapkali memujuk, akhirnya berjaya. Tuan tanah mencari jurutebang dan Pak Nidus yang membayarnya. Jiran yang sorang ni pulak, kerana sayangkan buah durian, kerap memujuk pun tak berhasil.
Hari ini, ketika ini dan saat ini rasa nak lari sekuat hati pergi cari jurutebang kerana tiba2 tuan pokok durian suruh tebang pokok tersebut.
Sebelum Che Munoh berubah fikiran, Pak Nidus nak pergi panggil jurutebang. Di mana ya?
Jumaat, 8 Oktober 2010
Panggilan.
Tergerak di hati nak buat n3 ni kerana baru semalam Pak Nidus berbincang dengan AJK mengenai duit tunai tiada di tangan. Rupa-rupa hari ni ada dua kematian berlaku. Sebagai Bendahari Pak Nidus ditugaskan menghantar derma khairat kepada mereka yang dalam kedukaan, sekurang-kurangnya derma itu dapat meringankan kerja-kerja pengurusan jenazah.
Hari Jumaat dan Sabtu, bank tutup. Jadi terpaksa keluarkan wang sendiri dahulu, maklumlah orang kampung tak biasa guna cek. Taapa kerja kebajikan secara sukarela memang kena berkorban.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.
Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insya Allah syurga adalah balasannya..’
Apa yang tersurat dan tersirat di fikiran Pak Nidus ialah dalam menguruskan persatuan ini setiap tahun di kawasan khairat Pak Nidus yang tak seluas mana ni berlaku kematian antara 20 hingga 30 orang setahun, bagi Pak Nidus ia adalah jumlah yang besar berbanding ahli yang ada.
Isnin, 4 Oktober 2010
Erti Muafakat
Alhamdulillah…
Itulah ucapan setiap kali bila melihat perkembangan pembinaan masjid baru ni. Tak perlu lagi Pak Nidus sebut di mana lokasinya. Bukan untuk meminta bantuan atau derma, hanya sekadar melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana dengan limpah kurniaNya pembinaan masjid yang menelan belanja RM350,000.00 ini hampir mencapai matlamat.
Pembinaan yang bermula pada 5 Julai lalu setelah dirancang pada penghujung tahun lepas oleh Pengerusi dan tuan punya tanah yang mewakafkan sebahagian tanahnya untuk tujuan ini.
Dengan kerjasama dari Tuan Imam, Bendahari dan Pak Nidus serta AJK lain sama-sama menggerakkan hasrat dan tujuan yang mulia ini.
Konsep pembinaan adalah untuk memberi ruang kepada semua ahli jemaah dan koriah kampung merasakan ini adalah masjid kita …sama-sama menyumbang ke arah itu mengikut kadarnya.
Kepentingan politik kepartian diketepikan.
Setakat ini belum ada meminta bantuan secara khusus dari badan-badan tertentu kecuali meminta sumbangan dari orang perseorangan dan juga dermawan yang ingin membuat kebajikan yang berpanjangan hingga ke akhirat.
Jumlah terkumpul setakat ini melebihi ¾ dari kos pembinaan.
Sumbangan yang banyak diterima ialah pada Ramadhan yang lepas sempena bulan yang penuh dengan keberkatan.
Kapasiti dianggarkan 200 jemaah untuk satu ketika dan terdapat dua tingkat iaitu perempuan di tingkat atas dan lelaki di tingkat bawah.
Insyaallah jika ada bantuan yang difikirkan perlu untuk memohon sumbangan, Pak Nidus akan beritahu untuk sama-sama melabur dalam saham akhirat ini.
Masjid lama yang akan dirobohkan setelah siap masjid baru yang lebih selesa dan luas.

Gambaran masjid baru bila siap nanti.