
Jumaat, 30 Julai 2010
Shell Game

Rabu, 28 Julai 2010
Pemandu Berhemah
Isnin, 26 Julai 2010
Kempen Denggi
Mula-mula tu tengok sekeliling rumah takut-takut ada tempat nyamok bersarang dan bertelur. Tak ada pulak..tapi kalu di petang hari banyak nyamok berkeliaran. Cari punya cari teringat septic tank. Hah..betul..rupa-rupanya kat sini dia orang bertelur.
Dah terlanjur buka tangki najis, aku selongkar semua 'chamber'..(tuu lah… junction dari tandas ke tangki najis)...Masyaallah....ini bagi aku dah kes berat.
Tengok...LIPAS. Bukan main banyaknya, anak ada lipas ..mak ada..nenek ada..hingga tak terbilang.
Apa yang bahayanya dibandingkan dengan nyamok yang boleh membawa maut tu?
Begini ajerlah..kalau lalat hinggat kat makanan sudah tentu jijikkan? Hah...
Selamat mencuba.
Klip Animasi Jaga Kebersihan.
Sabtu, 24 Julai 2010
Motor Second Hand
Bermulanya aku pakai motor adalah jenis HONDA CB 100, itu pun mampu beli yang second jer...manalah mampu beli yang baru, gaji ketika tu..alahai cukup untuk hidup orang bujang.

Harga tak ingat, tapi ansuran sambung bayar RM80 sebulan, terpaksalah ikat perut sikit sejak pakai motor tu. Bagi budak-budak sekarang dia orang dah tak jumpa lagi motor ni, dah
lama berkubur. Ketika tu motor ni kebanyakannya milik kerajaan seperti posmen dan kakitangan Talipon. Cerewetnya motor ni starternya pakai bateri, kalau bateri lemah alamat kena tolaklah jawabnya. Akhirnya aku jual..selesai masalah.
Sekitar tahun 80an, model scrambler menjadi kegilaan remaja ketika tu. Sebagai permulaan aku pinjam motor kawan..ini dia...

Pakai motor ni rasa nak tergelak sendiri...motor SUZUKI TR250 Srambler..besar sangat banding dengan aku yang kurus kering, lagi pun motor ni layak untuk penyeludup ayam kerana ia power dan sesuai untuk offroad.
Masih status barang second, aku beli Yamaha Enduro125...harga boleh tahan cuma RM300..baiki habis RM350..cat di bengkel sendiri..siap..woooi, kemana aku bawa mesti ada yang jeling..tak tahulah jeling meluat ke, terliur ke, menyampah ke..apapun aku bahagia.

Inilah motor yang paling aku sayang, pertama suspension jenis monoshock, jadi kalu korner baring pun tak terbaring..kedua, 6 kelajuan..laju wooo, ketiga boleh main banjir kerana dia tinggi..keempat boleh wheeling tapi tidak sampai jadi macam Mat rempit sekarang, aku wheeling pun offroad..tak adalah orang marah.
Dalam dok syok begitu, Mak aku suruh aku kawin..aduhhh..sekali lagi aku terpaksa jual motor kesayanganku ini..memang pun patut sebab perempuan mana boleh membonceng motor begini.
Haa...haaa...haaa.....

Kalu Enduro motor kesayangan, ini adalah motor idaman..yang sekelas dengannya. Harga ketika tu RM3700..mahal woo. Hee..hee.heee pinjam yang adik punya. Manalah tahu kalu isteri suka naik motor ni aku bayar balik. Sedih rasanya, isteri pulak tak berkenan..apa pun aku dapat guna lama jugak..kira OK jugak motor ni.
Masa terus berubah, tapi aku masih tak berubah..masih beli motor second..tak mampu bro. Inilah motor seterusnya.....

HONDA CUP C70..RM800 model tahun 1977. Kenangan gambar..bersama anak sulong Apik.
Anak aku sekarang pun dah besar panjang, tapi dia bangga mempunyai seorang Ayah yang ada komitmen dengan barang second ni..haa...haa...haaa.
Sampai sekarang motor ni masih aku pakai buat ke Masjid. Jangan terkejut RM3000 belum tentu nak jual. Barang antik katakan..penuh nostalgia.
Khamis, 22 Julai 2010
Copy Paste
Isnin, 12 Julai 2010
Isra' dan Mikraj
Jumaat, 2 Julai 2010
Hukum Musik Dalam Islam
Di sini dipaparkan beberapa fatwa berkaitan hukum muzik didalam Islam.Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru untuk abad ini ialah Al Marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor Al Azhar dalam koleksi Fatwanya, Al Fatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga.
(Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur'an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha' terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A'raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?..... hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara 'amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Kesimpulan dan tarjih:
1.Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan
melalaikan dan maksiat
2.Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
3.Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
Nota: Semua Ulama Salafi Wahabi Mengharamkan Nyanyian Yang Beriringan Dengan Muzik. Hanya Yang Dibolehkan Adalah Nyanyian Tampa Muzik Dan Diiringi Rebana Dan yang seumpamanya.
Wallahualam.